BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

22.2.10

PERSEMBAHAN KETIKA TAHUN BARU CINA

 
  • Gambar yang pertama persembahan akrobatik dari China yang menunjukkan kelenturan dan kelembutan badan mereka. Gambar ini diambil dari high angle iaitu di tingkat 3 pada ketika ini. menggunakan zoom sebanyak 4 xzoom kerana jika ingin mengambil tanpa menggunakan zoom objek kelihatan terlalu jauh dan objek kelihatan terlalu kecil. tidak menggunakan flash kerana keadaan cahaya semula jadi yang sangat elok dan terang. penggunaan ISO yang AUTO kerana jika menggunakan ISO yang terlalu tinggi seperti 1600,hasil gambar yang dirakamkan kelihatan tidak bagus dan elok. 
  • Gambar yang kedua pula, merupakan persembahan tarian singa. Gambar ini turut diambil dari high angle. Pengambar tidak menggunakan flash sekadar menggunakan zoom supaya objek kelihatan besar dan jelas. Terdapat sedikit blur walaupun menggunakan ANTI-SHAKE disebabkan objek ini sentiasa bergerak untuk menghiburkan pengunjung pada ketika itu. selain dari itu,tangan pengambar sentiasa bergegar disebabkan terpaksa berasak -asak dengan pengunjung lain yang juga ingin melihat dan merakamkan persembahan singa ini. ISO adalah AUTO.
  • Gambar yang ketiga pula, kelihatan penari - penari sedang menari mengikut rentak belly dance. Gambar kelihatan blur sebab tidak menggunakan ANTI-SHAKE serta penari ini sedanng melakukan pergerakan. Selain dari itu, pengambar tidak menggunakan flash kerana dikuatiri objek dibelakang kelihatan gelap disebabkan cahaya berfokus pada objek dihadapan sahaja. ISO adalah AUTO dan tidak menggunakan zoom.

    0 comments: