BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

1.3.10

SUASANA KETIKA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 
  • Gambar yang pertama ialah suasana di pasar malam ketika menjelangnya Tahun Baru Cina. Gambar ini diambil dari high angle atau pandangan atas yang memfokuskan objek dibawahnya. gambar ini menggunakan ISO yang AUTO dan tidak menggunakan flash dan juga zoom. Gambar ini juga tidak menggunakan ANTI-SHAKE,dan oleh itu bagi objek yang bergerak(orang)kelihatan bergegar menunjukkan objek sedang bergerak.
  • Gambar yang kedua ialah bunga api yang memeriahkan suasana malam. gambar diambil dari frog view atau pandangan bawah yang memfokuskan objek yang berada di atas. ISO yang digunakan ialah AUTO,tiada flash dan juga zoom. Tidak juga digunakan ANTI-SHAKE.
  • Gambar yang ketiga pula, ialah gambar pintu gerbang yang dihiasi ala-ala Tahun Baru Cina. ISO ialah AUTO, tidak menggunakan zoom kerana pengambar hanya mendekatkan diri pada objek ini. Tidak juga menggunakan flash disebabkan pengambar mendapati jika menggunakan flash,warna sebenar pintu gerbang yang berwarna merah ini akan bertukar menjadi jingga jika menggunakan flash,jadi bagi pendapat pengambar ini,lebih elok jika off flash.
  • Gambar yang keempat ini pula ialah kesibukan kanak - kanak ini mengambil gambar di tengah-tengah orang ramai mencuri tumpuan pengambar. Gelagatnya yang selamba mengambil gambar sesiapa sahaja membuatkan pengambar terhibur lalu mengambil gambar kanak-kanak ini sebagai bukti kanak-kanak sangat menyukai suasana ketika Tahun Baru Cina. gambar ini tidak menggunakan flash disebabkan keadaan cahaya pada ketika itu sangat terang dan dibimbangi jika menggunakan flash akan menyebabkan gambar kelihatan terlalu cerah dan tidak menampakkan warna sebenar objek. tidak juga menggunakan zoom,sekadar pengambar rapat dengan objek,ISO yang AUTO dan menggunakan ANTI-SHAKE supaya gambar tidak kelihatan blur kerana kana-kanak ini sentiasa bergerak memberikan pose yang menarik apabila dirinya dirakamkan.

0 comments: